Pernyataan Kebijakan Privasi

Kami, United Business Media (M) Sdn Bhd, mementingkan privasi individual. Penyataan Dasar Privasi ini menerangkan polisi-polisi dan amalan-amalan kami.

Kami menghormati privasi anda dan akan menggunakan usaha-usaha yang munasabah:

  • untuk melaksanakan langkah-langkah perlindungan komputer , fizikal dan prosedur untuk melindungi secara munasabah sekuriti dan kesulitan data peribadi yang kami kumpul;
  • untuk mengehadkan data peribadi yang dikumpul kepada setakat mana yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik sahaja;
  • untuk hanya membenarkan pekerja yang terlatih dan yang diberi kuasa untuk mengakses data peribadi;
  • untuk tidak mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga kecuali yang mana disetujui oleh anda, yang mana diwajibkan dari segi undang-undang atau sebarang permintaan oleh ejen penguatkuasaan yang berdasarkan undang-undang atau yang mana telah kami maklumkan anda.


  1. Pengumpulan infomasi

    Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di perenggan yang seterusnya, kami akan mengumpul infomasi apabila anda berdaftar dengan kami atau berkomunikasi dengan kami. Dalam proses tersebut, kami juga akan mengumpul maklumat peribadi tentang seorang individu dari syarikat sama ada orang kenalan ('contact person') syarikat atau pekerja syarikat. Seperti yang dinyatakan dalam borang pendaftaran, beberapa infomasi yang diminta adalah wajib dan beberapa adalah secara sukarela. Jika terdapat infomasi wajib yang tidak diberi, kami mungkin tidak dapat membekalkan perkhidmatan yang diminta. Kami hanya menyimpan data peribadi selama masa yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di perenggan yang seterusnya.


  2. Penggunaan infomasi

    Tujuan-tujuan bagi penggunaan informasi yang kami kumpul termasuk:

    • memproses permohonan-permohonan bagi mempamerkan atau melawati pameran perdagangan kami
    • memudahkan dan meningkatkan operasi-operasi kami dengan memasukkan data peribadi ke dalam pangkalan data kami dan melaksanakan analisi, penyelidikan dan audit berdasarkan data peribadi tersebut
    • memasarkan dan memaklumkan kamu tentang pameran-pameran perdagangan kami di Malaysia dan di seluruh dunia, dan acara-acara atau pameran-pameran perdagangan yang dianjurkan oleh syarikat afiliasi ('our affiliates') atau rakan kongsi usaha sama kami ('our joint venture partners')
    • mengedarkan penerbitan dan material penyelidikan-penyelidikan syarikat kami
    • memasarkan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kami
    • jika diperlukan, memudahkan prosiding undang-undang termasuk pengumpulan jumlah tertunggak

    Pemasaran langsung
    Kami akan menggunakan data peribadi anda, termasuk nama anda, alamat emel dan alamat fizikal anda, untuk melaksanakan pemasaran langsung mengenai promosi dan jemputan kepada pameran- pameran perdagangan kami di Malaysia dan di seluruh dunia, dan acara-acara atau pameran-pameran perdagangan yang dianjurkan oleh syarikat afiliasi ('our affiliates') atau rakan kongsi usaha sama kami ('our joint venture partners'), dan juga promosi perkhidmatan-perkhidmatan kami melalui faks, emel, pos langsung, telefon dan cara komunikasi yang lain, atau menghantar e-berita ('e-newsletter') kepada anda. Kami tidak akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan ini kecuali di mana kami telah menerima kebenaran anda kepada penggunaan tersebut.Anda mempunyai pilihan untuk tidak menerima material-material pemasaran dengan memaklumkan kami melalui butiran-butiran hubungan yang dinyatakan di bawah dan kami akan berhenti menggunakan data peribadi anda bagi tujuan ini tanpa caj.


  3. Pendedahan / Pemindahan Data

    Kami akan menyimpan data peribadi yang kami kumpul secara sulit tetapi akan memberi atau memindah data peribadi kepada:

    • Ejen-ejen , penasihat-penasihat, kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal perkhidmatan kami bagi memudahkan dan meningkatkan operasi-operasi kami dan melaksanakan analisi, penyelidikan dan audit berdasarkan data peribadi
    • Pejabat-pejabat luar negara, syarikat -syarikat afiliasi ('our affiliates') atau rakan-rakan kongsi usaha sama kami ('our joint venture partners'), yang juga adalah penganjur-penganjur pameran, bagi tujuan melaksanakan pemasaran langsung tentang promosi dan jemputan kepada pameran-pameran perdagangan di Malaysia dan di seluruh dunia
    • Pihak-pihak yang kami diwajibkan untuk membuat pendedahan kepada dari segi undang-undang di dalam atau luar Malaysia


    Kami juga mungkin diwajibkan untuk memberi dan memindah data peribadi anda kepada pembekal-pembekal perkhidmatan yang lain dan/atau pihak-pihak ketiga dalam konteks penggabungan, pengambilalihan atau latihan korporat lain yang melibatkan kami. Pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau pihak-pihak ketiga tersebut mungkin berlokasi di luar negara.

    Pembekalan data bagi tujuan pemasaran langsung
    Sila mengambil perhatian bahawa kami berhasrat untuk memberi data peribadi yang kami kumpul, termasuk, nama, alamat emel dan alamat fizikal anda, kepada pejabat-pejabat luar negara, syarikat -syarikat afiliasi ('our affiliates') atau rakan-rakan kongsi usaha sama kami ('our joint venture partners'), yang juga adalah penganjur-penganjur pameran, bagi tujuan melaksanakan pemasaran langsung tentang promosi dan jemputan kepada pameran-pameran dan acara-acara. Kami tidak akan memberi data peribadi anda bagi tujuan tersebut kecuali di mana kami telah menerima kebenaran secara bertulis anda kepada peruntukan ini.


  4. Cookies

    Apabila anda melayari laman web kami, cookies akan disimpan dalam cakera keras komputer anda. Kami menggunakan cookies untuk menyesuaikan laman web kami kepada penggunaan anda dan untuk operasi kawasan perkhidmatan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menerima cookies, tetapi terdapatnya kemungkinan beberapa fungsi laman web tidak dapat digunakan jika penggunaan cookies tidak diterima.


  5. Sekuriti

    Secara umum, data peribadi anda disimpan secara sulit dan hanya akan diakses oleh orang yang diberi kuasa untuk berbuat demikian. Data peribadi yang disimpan secara elektronik adalah dilindungi oleh kata laluan. Teknologi enkripsi digunakan pada laman-laman web kami yang terjamin. Kami menasihati supaya anda tidak memberi Kata Nama dan Kata Laluan log masuk anda kepada sesiapa sahaja. Kakitangan kami tidak akan membuat permintaan untuk memberitahu tentang Kata Nama dan Kata Laluan log masuk anda dalam panggilan telefon atau emel yang tidak diminta. Anda diingati supaya mendaftar keluar daripada Akaun anda dan menutup pelayar web apabila anda telah menamatkan sesi anda di Laman Web kami. Anda bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku dengan Akaun Pengguna dan Kata Laluan anda.


  6. Pautan-pautan

    Laman-laman web kami mungkin akan mempunyai pautan-pautan ke laman web pihak-pihak ketiga, termasuk laman web ahli-ahli, pihak-pihak ketiga dan laman web "jenama kongsi". Pautan-pautan ke laman web pihak ketiga tidak menyiratkan sebarang pengendorsan atau apa-apa waranti atau jaminan sebarang maklumat daripada kami terhadap laman web tersebut (atau terhadap apa-apa produk atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh pihak ketiga tersebut). Kami menafikan dan mengecualikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti bagi mana-mana laman web pihak ketiga yang mana pautan diberikan di laman web kami dan Penyataan Dasar Privasi ini tidak terpakai bagi mana-mana laman web tersebut. Sila rujuk kepada dasar privasi laman web tersebut masing-masing.


  7. Perubahan-perubahan

    Sebarang perubahan yang dibuat terhadap Penyataan Dasar Privasi ini akan dipaparkan di laman web ini dan akan berkuatkuasa secara serta-merta pada tarikh paparan tersebut.


  8. Pemindahan data ke luar negara

    Kami akan memegang data anda di pelayan di Malaysia secara umum. Oleh itu, kami boleh memindahkan data anda ke pejabat-pejabat luar negara kami yang berlokasi di mana-mana dunia ini atau kepada mana-mana orang yang dinyatakan di perenggan 3 di atas, yang mungkin terletak di luar Malaysia.


  9. Kebenaran dan hak-hak anda

    Berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, individu-individu mempunyai hak:

    • untuk memeriksa sama ada kami memegang data peribadi anda dan untuk mengakses data tersebut
    • untuk menghendaki kami membetulkan data yang tidak tepat
    • untuk memastikan dasar dan amalan kami berkaitan dengan data peribadi dan jenis data peribadi yang dipegang oleh kami.


Sila hantar sebarang permintaan untuk mengakses atau membetulkan data anda, untuk menamatkan komunikasi dan soalan atau aduan kepada:

Digital Innovation & Business Intelligence Department
United Business Media (M) Sdn Bhd
17th Floor, China Resources Building
26 Harbour Road, Wanchai, Hong Kong
Tel: +852 2516 2125 / +852 2827 6211   Faks: +852 3749 7349
E-mel: [email protected]

Sila ambil perhatian bahawa bagi melaksanakan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda, anda mestilah memberi satu permintaan secara bertulis kepada kami melalui butiran-butiran hubungan di atas.

Kami mungkin akan mengecaj satu fi yang munasabah bagi pemprosesan satu permintaan anda untuk mengakses data.

Jika terdapatnya konflik di antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Penyataan Dasar Peribadi ini, penyataan dalam Bahasa English akan diutamakan.